Tuesday 8 December 2015

WARKAH CINTA BERBAU SYURGA

Adat menghukum pada yang zahir ,
Mengukur cakap menghurai sifat,
Cinta tidak semestinya di bibir,
Hanya makrifat akan mengungkap hakikat.

Hidup mesti terus dan kenangan perlu dilepaskan. Jangan terus merungut tetapi fikirkan hari esok. Jika asyik membelakangkan matahari, kita hanya akan melihat bayang-bayang sendiri. Pandanglah depan, sinaran akan menyambut hangat dan mengusir segala kedinginan yang membeku dalam duka semalam.

Aku telah pateri pada sungai hati,
Aku telah lukis pada cermin budi,
Aku telah ukir pada tulus erti,
Untuk aku terus berdiri,
Memegang janji.

Biarlah atmosferaku hampir terbakar,
Biarlah musim-musimku jadi kemarau,
Sekalipun ilusi dan fantasiku kering garing,
Dan tanah mimpiku merekah.
Tunggu pecah menanti musnah,
Aku akan tetap teguh berdiri,
Walau apa pun yang terjadi.

Andai segala-galanya hangus,
Andai arang jadi abu,
Andai hitam jadi kelabu,
Aku akan cekal mengharung hidup,
Menobatkan janji,
Sekalipun aku di sini,
Menunggu mati.

-A. UBAIDILLAH ALIAS-

Friday 4 December 2015

Hati Kata Rindu, Mulut Kata Pergi

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Dah ada pantun sekarang.. Hmm, biaselah..
Jadi sebenarnya, apa maksud " Hati Kata Rindu, Mulut Kata Pergi " ni? Mesti semua ingat pasal awek, cinta, relatonship goals kan... Salah.. Kata-kata ni nak tuju kat blog ni lah.. Tengok lah last post bile.. bulan Mei kot.. Sekarang dah bulan 12, DISEMBER... 7 bulan kot.. nak buat macam mane.. Rindu nak menulis senanye tapi mulut cakap buat kerja lain dulu.. Orang kata, " Prioritize The Priorities ".

Bukannya, tak nak menulis, cuma, sibuk dengan PT3 lah, latihan2, family, kawan2 & malas pun ade jugak.. Memang lah  takde pon orang nak baca post post ni, tapi at least ada la jugak tempat untuk melampiaskan kebosanan, asyik mereput je kat rumah.. Tak ke membazir masa tu.. 

Ni sebenarnya nak cakap , result PT3 dah nak umum, tak lama dah ni 14.12.2015... jadi, nak mintak sedekahkan doa lah untuk form 3 seluruh Malaysia, lagi-lagi form 3 SMAP Kajang & Terengganurians.. Doakan yang terbaik atas usaha kami semua lah ye. 

2016, it won't be easy for me.. New situation. Struggling in my studies, competing with others who are better than me. To be honest, I know that it is tough to pass with flying colors but i promise to sacrifice my best in every moment . Not only in academic but also in co-curriculum. Dear friends, you pray for me, i will pray for you, okay? ( Saja test writing sikit sikit, takut balik cuti nanti berkarat. Haha.)

Hmm, setakat ni je lah.. Kontang idea dah ni.. Wishing all of us the very best. 
Bye and Assalamualaikum .......

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.