Friday, 1 May 2015

Silap Dalam Langkahku

Satu ketika,
Kau mulakan sebuah perbualan,
Dengan hati yang ceria,
Aku musykil, aku curiga,
Tapi tak mengapa ku anggap ini perkara biasa.

Hari demi hari,
Kau terus menerus menegurku,
Aku bertambah hairan,
Satu hari,
Segala-galanya terungkai,
Dap! Satu hentakan kuat bagiku.

Aku silap dalam melangkah,
Buat kau selalu mengingatiku,
Bukan niatku untuk meberi kau harapan,
Sekadar membina sebuah persahabatan,
Namun kau mengharapkan lebih dari itu,
Sukar untuk aku terima.

Sahabat kita masih muda,
Utamakan apa yang perlu diutama,
Jangan kau terus dibuai ombak rindumu,
Sentiasa perlu kau semat.

Hadirku bukan sebagai penyeri hidupmu,
Aku bukan sesiapa,
Hanya manusia biasa,
Berhentilah menaruh harapan menggunung,
Kelak kau jatuh perit untuk kau sembuh....